Friday 4 October 2013

Tempat-tempat menarik di Selangor

Tempat-tempat menarik di Selangor - Edisi santai kembali lagi kali ini sempena cuti sekolah bulan Disember ini Admin sekali lagi ingin berkongsi tempat-tempat menarik di dunia dan juga di Malaysia. Tajuk seterusnya yang ingin Admin sentuh ialah berkenaan tempat menarik di Selangor.

Ada siapa dikalangan pembaca asal dari negeri Selangor atau tinggal di Selangor? Saja tanya, kalau ada penambahan atau pembetulan sila tegur Admin ya. Beritahu di bahagian komen di bawah post ini. Kalau ada tambahan Admin akan masukkan dalam artikel ini dan jika ada kesalahan Admin akan betulkan semula.

Ok, tanpa membuang masa mari kita lihat senarai tempat-tempat menarik di Selangor di bawah:

tempat menarik di Selangor

Kuala Lumpur International Airport Kuala Lumpur International Airport (KLIA) terletak di Sepang, dibuka pada tahun 1998. Lokasinya adalah sekitar 50 kilometer dari ibukota, Kuala Lumpur. KLIA dibina dengan kos $ 3.5 billion.

Pulau Ketam Pulau ini merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan melihat burung.

Sunway Lagoon Sunway Lagoon merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel.

Batu Caves Terletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu – Thaipusam, yang jatuh pada akhir Mac setiap tahun. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga.

Mines Wonderland Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.

Paya Indah Wetlands Merupakan taman eko-pelancongan seluas sekitar 3.100 hektar yang terletak di Kuala Langat. Tempat ini menggabungkan teknologi pertanian moden bagi mencipta suatu ekosistem yang seimbang.

Zoo Negara Merupakan zoo kebangsaan pertama di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1963. Sampai sekarang, zoo negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Malaysia. Zoo Negara merupakan tarikan yang menarik untuk dilihat oleh pengunjung.

Litar Antarabangsa Sepang Litar Antarabangsa Sepang merupakan litar sukan motor Malaysia yang terbaik dan mempunyai kemudahan terbesar dari jenisnya di dunia. Litar ini boleh menampung 130,000 penonton pada satu-satu masa.

Wet world Terletak di Shah Alam. Wet World merupakan taman tema air yang sangat menyeronokkan. Ia juga terletak bersebelahan dengan Tasik Shah Alam dan akuaria, jadi keluarga boleh juga melawati kawasan tersebut. Pastinya, pengunjung akan merasa puas apabila memasuki ke kawasan Wet world ini.

Menara Tinjau Terletak di Bukit Ampang. Sangat menarik dan strategik. Anda akan dapat melihat pemandangan Kuala Lumpur secara penuh dari sini, lebih menarik kalau pergi waktu malam. Makanan di sana juga sedap-sedap. Terdapat satu Restoran makanan Arab baru untuk pelawat yang datang.

Bukit Jugra Terletak di Banting, Selangor. Merupakan tempat yang terkenal untuk sukan Paragliding tempat iaitu permainan luncur udara bagi Negeri Selangor. Rumah api pun ada di sini.

Pantai Morib, Banting Selangor. Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari terbenam! Sejak tahun 2010, Pantai Morib telah berubah menjadi lebih baik, dengan idea lanskap yang menarik untuk riadah sekeluarga. Datanglah ke Morib!

Demikian antara tempat menarik di Selangor yang dapat Admin kongsikan bersama Anda. Jadi jika Anda hendak bercuti di negeri Selangor buatlah persiapan dan persediaan, terutamanya perbelanjaan. Sekiranya anda mencari hotel atau tempat penginapan yang selesa dengan harga berpatutan, Anda boleh dapatkan semua senarai hotel-hotel di Selangor serta membuat tempahan (booking) melalui halaman ini ~ Senarai Lengkap Hotel di Selangor.

Ok, setakat ini dahulu, jumpa lagi di edisi santai yang akan datang. Insya-Allah.

Salam sejahtera, hari ini admin nak kongsikan bersama pembaca mengenai bahasa. Hehe, bahasa jiwa bangsa. Admin nak ambil satu sahaja perkataan untuk hari ini, iaitu CULAS. Erm, anda tahu apa maksud perkataan culas? Mesti ada yang tidak tahu kan? Pernah pembaca sekalian guna di dalam karangan masa di sekolah? Atau di dalam perbualan seharian? Tak? Dah agak dah, hehe, admin sendiri pun jarang sekali guna perkataan CULAS dalam karangan atau perbualan. Rasanya inilah kali pertama admin karang menggunakan perkataan CULAS.

Ok, apa itu CULAS? Malas? Memulas? Bukan, walaupun ayat lebih kurang sama, tapi bukan itu maksudnya. Jika pembaca semak kembali kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi, Culas memberi maksud:

"sikap yang gemar bertangguh atau meninggalkan sebentar."


Maksud Perkataan Culas
PS: Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.


CULAS ini berlaku terutamanya apabila sesuatu perkara yang ditangguh itu berada bersama kita, berada di hadapan mata kita, jadi kita ambil mudah dan merasakan bila-bila masa sahaja boleh melakukan perkara tersebut.

Sebagai contoh admin ambil situasi berikut:

Situasi 1: "Huh, tinggal lima muka surat lagi nak habiskan. 1 jam je bleh siap. Esok 8.00 pagi nak kena hantar, erm.. baca novel dulu lah, sejam kemudian; "Aih nagntuk pula" lalu tertidor...Bangun keesokannya sudah pukul 7.00 pagi. Solat subuh pun terlewat, kelam-kabut nak siapkan tesis. Asal 1 jam boleh siap dengan baik, akhirnya disiapkan dengan tidak sempurna. Anda pernah kan alamai situasi seperti ini?

Situasi 2: Pada waktu puasa anda terbangun pukul 5.00 pagi, "hrm.. baru pukul 5.00pagi, sambung tidor dulu lah 5 minit.." Akhirnya 5 minit jadi 1 jam! Bila bangun Azan baru sahaja habis berkumandang. Terlepas sahur... maka berpuasalah hari itu tanpa sahur. Anda pernah kan? Hehe, admin pun pernah.

Situasi 3: Hari Ahad, di Sekolah Asrama, niat hari ini hendak basuh baju awal. Orang tak ramai di bilik air. Jemur awal, tengahari kering nanti boleh pakai dah. Tetapi tangguhkan sebab hendak main bersukan dulu.. leka bermain sudah hampir tengahari. Esok sudah dah mula kelas, kain baju seluar semua belum dibasuh. Cuaca pula tetiba mendung menandakan petang nie hujan! Asalnya tengahari boleh kering, akhirnya dibasuh lewat dan lembab untuk dipakai ke kelas. Terpaksa sterika supaya kering... hehe, pernah alami kannn??? :p

Ada banyak lagi situasi yang sebegitu. Satu lagi, yang mungkin anda tidak perasan.. dikira ketagori Culas juga nih,

"Erm, esok dah start kuliah.. nak kena beli buku nih, tak apa, kedai buku dekat je.. bila-bila masa pun boleh pergi.. petang ini lah aku pergi", tiba-tiba petang pergi kedai itu baru tutup! Anda perasan tak, kedai yang jauh kita selalu dan cepat saja pergi, kedai yang dekat jarang pergi sebab rasa bila-bila masa boleh pergi.

Ok, itu mengenai situasi orang yang mengalami simptom CULAS. Jadi bagaimana hendak menggunakan perkataan ini dalam perbualan atau karangan? Boleh ke? Selalunya perkataan CULAS nie dalam exam pemahaman atau tatabahasa sahaja selalu muncul. Di dalam karangan jarang juga jumpa..

Ayat 1: "Peminjam PTPTN dinasihatkan agar jangan culas membayar kembali pinjaman mereka", hehe ayat siapa makan cili rasa pedas. Admin pun sama...

Ayat 2: "Pengurus pasukan jangan culas nanti pemain atau ahli jadi lemas."

Ayat 3: "Dia culas makan ubat doktor sebab itu penyakitnya tidak sembuh-sembuh". PS: Tambah-tambah sakit jantung!

Jadi itulah sedikit penjelasan daripada Admin tentang maksud perkataan Culas. Tidak bagus sebenarnya culas-culas nie. Kerja harian nanti jadi tidak sistematik aka tidak teratur. Culas ini menunjukkan seorang itu belum matang untuk serius di dalam kerjanya. So, hindari Culas. 1 hari anda boleh buat 5 kerja, akibat culas.. 1 kerja pun tak siap oleh sebab CULAS bermaharaja lela di dalam diri. Teguran buat diri Admin terutamanya. Sekian..

PS: Jangan Culas tulis Blog.

Kos Pembedahan Lasik vs kos rawatan laser mata - Apa itu rawatan Lasik dan Lasek? Artikel ini admin kongsikan dengan pembaca blog PelikBinAjaib.com terutamanya kepada Anda yang rabun tu. Mungkin artikel ini dapat membantu Anda, kalau tidak sekarang mungkin di kemudian hari.

PS: kalau Anda nak tahu Kos pembedahan lasik nie Admin ada kongsikan di perenggan bawah sekali.

Rawatan Lasek dan Lasik ini sebenarnya merupakan rawat masalah penglihatan menggunakan kaedah laser. Kepada mereka yang rabun penglihatan biasanya dan kebanyakannya menggunakan kanta lekap atau menggunakan kaca mata. Kedua-duanya adalah antara pilihan bagi memperbaiki penglihatan yang terjejas. Namun, satu lagi pilihan untuk anda yang ‘letih’ menggunakan kaca mata dan kanta lekap adalah dengan menjalani rawatan pemulihan penglihatan dengan kaedah laser. Ia dapat merawat rabun, sama ada rabun jauh, rabun dekat atau astigmatism.

Kos Pembedahan Lasik

Ada dua jenis kaedah laser yang boleh anda pilih, iaitu Lasik (Laser-assisted In Situ Keratomileusis) dan Lasek (Laser-assisted Subephithelial Keratomileusis).

Menurut seorang Pakar Mata dari Pusat Pakar Mata Optimax iaitu Dr. Norazlina Bachik menyatakan bahawa, masalah seperti rabun jauh, rabun dekat, penuaan mata (presbyopia) dan silau misalnya, boleh juga dipulihkan melalui pembedahan laser.

“Berbanding dulu, teknik terbaharu dalam rawatan menggunakan laser semakin baik dengan penemuan teknologi terkini. Hari ini, rawatan dengan laser hanya mengambil masa beberapa saat saja,” katanya.

Berbanding Lasek, Lasik lebih popular. Namun, Lasek adalah pilihan jika seseorang itu memiliki kornea yang tebal.

Lasik prosedur dengan laser eksimer yang bertindak secara kekal bentuk kornea. Sedikit tisu kornea dikeluarkan bagi membentuk flap (lapisan nipis di permukaan kornea). Dua teknik yang ada bagi membentuk flap adalah microkeratome atau femtosecond. Walaupun tujuannya menghasilkan flap, namun kedua-duanya ada sedikit perbezaan.

Microkeratome memerlukan sedikit tisu di bawah kornea dibuang menggunakan laser excimer, iaitu sejenis laser yang menggunakan cahaya ultra ungu untuk membuang dan membentuk tisu kornea.

Apabila kornea dibentuk semula, ia mampu memfokus cahaya ke dalam mata dan retina sekali gus memberi penglihatan yang jelas. Flap kornea akan diletakkan ke tempatnya untuk menutup kawasan tisu kornea yang dibuang.

Dalam teknik laser femtosecond pula, flap kornea dihasilkan dengan panahan laser berpandukan komputer. Sinar laser akan bergerak di kornea, menghasilkan lapisan buih nipis di laluannya. Bagaimanapun, buih itu cepat hilang dan tisu di bawah buih membentuk flap kornea yang mudah dimanipulasikan oleh pakar bedah.

Jelas Dr. Norazlina, walaupun Lasik dijalankan di bawah permukaan tisu pelindung kornea, risiko kekaburan kornea sangat sedikit manakala risiko ketidakselesaan pasca-pembedahan sedikit atau tiada langsung. Tempoh perubahan pasca perubahan juga pendek.

Untuk Lasek, Dr. Norazlina menjelaskan ia sebenarnya pengubahsuaian pada kaedah sedia ada PRK (Photo Refractive Keratectomy).

Dalam prosedur ini lapisan atas kornea tidak dikeluarkan sebelum rawatan, sebaliknya dilonggarkan dengan larutan alkohol dan dilipat sebelum rawatan laser dibuat. Lasek adalah pilihan yang baik kepada kaedah Lasik, jika ketebalan kornea menjadi isu.

Beberapa titis alkohol dititiskan ke atas kornea selama 20 ke 30 saat, epitalium kemudian dilipat ke belakang sama dalam prosedur Lasik dan dijauhkan daripada pancaran laser. Tisu epitelial kemudiannya dikembalikan ke tempat asal dan doktor akan meletakkan kanta sentuh sebaik pembedahan selesai.

Kanta ini bertindak seperti pembalut luka dan mempercepatkan proses pemulihan dan menjadikan tempoh pemulihan itu lebih selesa. Lazimnya, ia akan dikeluarkan antara empat ke tujuh hari berikutnya.

Penting untuk tidak mengeluarkan pembalut berupa kanta sentuh sebelum masa kerana tanpanya, epitelium yang separa sembuh akan terdedah dan mata akan lebih sakit.

Begitupun, Lasek mengalami masa pemulihan yang lebih lama berbanding Lasik. Manakala fungsi penglihatannya tidak akan pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Satu lagi kaedah rawatan yang ditawarkan, adalah Epi-lasik. Epi-lasik (Epithelial Laser In-Situ Keratomileusis) satu lagi pilihan bagi mereka yang tidak mahu memilih Lasik atau Lasek. Umumnya, ia Epi-lasik tidak jauh beza antara Lasik dan Lasek.

Namun, Epi-lasik biasanya disarankan kepada mereka yang memiliki kornea yang nipis dan tisu yang tidak sesuai untuk dibuat flap menerusi kaedah Lasik.

Ia juga mungkin pilihan mereka yang terbabit dalam sukan lasak misalnya gusti atau di kalangan pegawai keselamatan.

Sama seperti Lasik dan Lasek, Epi-Lasik adalah rawatan pemulihan permukaan kornea terkini bagi menangani masalah rabun jauh, dekat atau silau (astigmatism).

Dalam prosedur epilasik, microkeratome membuat satu flap nipis pada lapisan kornea (epithelium). Ia dilakukan tanpa sebarang pemotongan. Malah tiada solusi alkohol digunakan bagi melonggarkan atau menanggalkan permukaan epithelium seperti dalam Lasek.

Jadi, bagaimana anda tahu rawatan mana yang terbaik untuk anda?

Disebabkan mata berubah mengikut usia, jenis pembedahan laser dan pemulihan penglihatan juga harus sepadan. Ada sesetengah pilihan rawatan lebih sesuai digunakan oleh orang muda.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan rawatan kaedah laser adalah;

1) Mereka yang berusia bawah 20 tahun tidak boleh menggunakan rawatan kaedah laser kerana mata mereka masih dalam proses tumbesaran seiring dengan sistem badan.

2) Penghidap diabetes atau penyakit yang menjejaskan proses penyembuhan luka.

3) Ukuran ketebalan kornea anda.

4) Manakala wanita mengandung atau menyusukan badan tidak boleh melakukan rawatan pemulihan mata dengan kaedah laser disebabkan perubahan hormon boleh menjejaskan rawatan.

5) Gaya hidup dan jenis kerjaya juga berperanan penting dalam memilih jenis rawatan. Misalnya mereka yang banyak menggunakan komputer memerlukan penglihatan tahap sederhana berbanding juruterbang.

Di bawah ini adalah video pembedahan Lasik yang mengambil masa 6 minit sahaja:



Jadi kepada Anda yang ingin menyembuhkan mata Anda daripada terus rabun bolehlah menggunakan rawatan laser mata seperti yang dinyatakan di atas. Cuma tentang kos rawatan laser mata ni Admin cari info dari beberapa sumber mengatakan kos pembedahan Bladed Lasik di Pusat Mata Parkway ialah $1,000 manakala untuk IntraLase Blade-Free Lasik ialah $1,688 untuk sebelah mata.

Selain LASIK, ada juga yang bladeless, iaitu kaedah IntraLASIK. Apa beza teknik blade & bladeless? Teknik blade memotong flap kornea menggunakan mikrokeratome, sedangkan teknik bladeless memotong flap kornea menggunakan laser. Dalam teknik bladeless, kornea sembuh lebih pantas (beberapa jam selepas pembedahan) sedangkan teknik blade mengambil masa lebih lama (12 jam hingga seminggu, bergantung kepada individu). Tetapi result akhir sama sahaja.

Jika kos pembedahan LASIK di Pusat Mata Optimax Penang anda boleh dapatkan harga terkini di Facebook Fanpage mereka. Harga mengikut kaedah rawatan. Memang ramai orang tanya dan mereka akan balas harga terkini ke inbox Facebook Anda ~ https://www.facebook.com/myoptimax?sk=wall, ataupun kalau Anda nak cepat lagi terus hubungi talian bebas mereka di 1800-88-1201.

Selain itu Anda juga boleh mendapatkan rawatan daripada Prof Dr Muhaya, lihat gambar pembedahan LASIK yang sedang dilakukan oleh Prof Dr Muhaya ke atas Ustaz Zahazan Mohamed di Prince Court Medical Centre:



Hubungi beliau melalui Facebooknya di pautan ini ~ Prof Dr Muhaya. Sumber gambar di atas Admin ambil daripada FB beliau di SINI.

Video LASIK bersama Ustaz Zahazan - Prof Dr Muhaya menjalankan LASIK ke atas Ustaz Zahazan di Prince Court Medical Centre. Proses LASIK berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.. Betapa tenang UStaz Dr Zahazan semasa prosidur. Beliau sempat menceritakan kisah orang yang soleh...



Ok, setakat itu dulu. Semoga artikel ini bermanfaat. Sekian.

Support