Wednesday 29 January 2014

Ayat 1000 Dinar Dalam Bilik Pelacur

Ayat 1000 Dinar Dalam Bilik Pelacur - Macam-maca perasaan timbul dalam diri nih bila baca admin dapat tahu perihal nih. Dah la tadi Admin baru pulang dari Tesco, rasa geram dan marah melihat orang Islam menjadi casher sambil mengira bayaran arak orang bukan Islam. Admin malas nak keluar tajuk, so kita kembali kepada tajuk asal iaitu kes ayat seribu dinar yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Buat pengetahuan anda ayat 1000 dinar ini merupakan sebahagian daripada ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ayat 1000 dinar cukup ‘popular’ di kalangan orang Melayu kita, khususnya kepada mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan.

Oleh yang demikian tidak hairanlah ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Heh, baca tidak mahu, pelekat sahaja tidak mencukupi, sekurang-kurangnya perlu amalkan bacaan setiap hari, itu baru betul.

Tapi percayakah anda, ayat ini juga digunakan oleh ramai pengusaha rumah pelacuran atau ‘bapa ayam’ dalam perniagaan jijik mereka itu?

Inilah realiti yang berlaku.Bagi bapa-bapa ayam yang bukan beragama Islam ini, ayat tersebut dianggap ‘tangkal’ yang boleh mendatangkan ‘ong’ atau keuntungan. Setelah mendapat maklumat, penulis bertindak menyiasat bagi memastikan kesahihan dakwaan yang dimaksudkan.Tempat yang dituju adalah kawasan pelacuran murahan terkenal di ibu kota iaitu sekitar Lorong Hj. Taib di Chow Kit.

Ayat 1000 Dinar Dalam Bilik Pelacur

Namun terdapat satu masalah besar. Adalah mustahil untuk masuk ke dalam bilik ‘penyundalan’ begitu saja.Mahu tak mahu, penulis terpaksa menyamar seolah-olah mahu ‘melanggan’ salah seorang pelacur di situ.

Usai ‘tawar menawar’, penulis menyerahkan wang sebanyak RM20 kepada bapa ayam sebagai bayaran untuk menggunakan salah sebuah bilik di ‘premisnya’.Lalu penulis dibawa menaiki tingkat dua rumah kedai tersebut. Bau busuk dan hanyir menerpa hidung. Kelihatan tikus berlari-lari di tangga tersebut.

Keadaan juga agak gelap dan ‘menggerunkan’.Sampai saja di bilik, bapa ayam itu meminta penulis menunggu sebentar sementara ‘anak ayamnya’ bersiap.Sebaik saja masuk ke dalam bilik, penulis terus menyalakan lampu dan mencapai kamera kompak yang dibawa.

Sah! Memang sah!

Sebaik saja lampu menyala, terbentang ayat 100 Dinar di dalam bilik tersebut



Perasaan penulis menjadi bercampur-baur…sebak ada, marah pun ada!

Sebak kerana mengenangkan betapa ayat suci Al-Quran dihina sebegitu rupa hingga menjadi ayat hiasan bilik ‘penyundalan’ saja tarafnya.Marah pula kerana mengenangkan mengapa payah benar pihak berwajib hendak mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggung jawab.

Betul, Chow Kit khususnya Lorong Hj. Taib dah banyak berubah berbanding dulu.
Banyak rumah-rumah persundalan sudah ditutup atau dirobohkan, tetapi ada yang masih ‘keras kepala’

Memandangkan Islam adalah agama rasmi di negara ini, perbuatan menghina ayat Al-Quran oleh bapa-bapa ayam ini tidak boleh dibiarkan bermaharajalela!Berbalik kepada situasi penulis, sebaik saja mengambil beberapa ‘shot’, penulis terus meluru keluar dari bilik tersebut.

” Kawan, mana lu mau pergi, amoi sudah mau sampi maaaa,” jerit bapa ayam itu sebaik saja melihat kelibat penulis yang tergesa-gesa keluar dari bilik berkenaan.

” Haiyya taukeh, gua sakit perutlah, mau balik dulu, esok gua datang,” kata penulis dengan selamba.

” Lu banyak celakalah, lain kalau lu datang gua kasi hentam lu punya muka!,” katanya dengan muka kemerahan.

Sebenarnya nak tergelak pun ada juga. Untuk pengetahuan anda, umur bapa ayam itu adalah kot sebaya dengan umur datuk penulis, ada hati lagi nak pukul orang.

Kelajuan Jalur Lebar Ditingkatkan - Disasarkan mencapai kelajuan sehingga 50 mega bit sesaat. Itu matlamat kerajaan untuk kelajuan jalur lebar bagi setiap isi rumah menjelang tahun 2020.

Di bawah wawancara bersama Dato Sabrie Chik selaku menteri Komunikasi dan Multimedia.



Isu Provokasi Di Pulau Pinang - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sekali lagi meminta semua pihak agar tidak bertindak balas dalam isu provokasi yang berlaku di Pulau Pinang beberapa hari lalu.



Kata Perdana Menteri, keadaan itu dibimbangi boleh mengeruhkan lagi keadaan. Menurut Datuk Seri Mohd Najib, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, mereka seharusnya bertindak secara rasional, dan berpaksikan kedaulatan undang-undang yang didukung selama ini.

Kenyataan terbaru itu dibuat Perdana Menteri dalam entri terbaru Facebook beliau. Pada Ahad lepas, kain rentang bertulis perkataan mensyirikkan Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di Pulau Pinang.

PLUS Perkenal Sistem Aplikasi Telefon Pintar - Bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan memudahkan pengguna merancang perjalanan mereka, syarikat konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, Plus Expressways Berhad memperkenalkan sistem aplikasi telefon pintar, 'Plus Expressways'.

Penerangan ringkas melalui video di bawah.



Masjid sebelah Gereja di Lutong, Miri, Sarawak - Setiap kali solat jumaat,pihak gereja akan membuka pagar untuk membenarkan jemaah meletakkan kereta bagi mengurangkan kesesakan.

Hari ahad pula, pihak masjid membalas budi.Cuma dipisahkan oleh pagar. Tiada tembok dibina. Ini di Lutong, Miri, Sarawak. Walaupun berbeza pegangan agama tidak menjadi penghalang kepada penduduk kawasan Lutong mengamalkan sikap toleransi sesama mereka dalam hal kemasyarakatan.



Sikap sebeginilah yang harus dipupuk dikalangan rakyat Malaysia dimana kita saling perlu memerlukan diantara satu sama lain.

Di bawah ini pula toleransi agama yang berlaku di Mesir semasa berlaku proses revolusi rakyat. Sesuatu yang perlu kita contohi.



Gambar Sultan Brunei Hassanal Bolkiah turun melawat ke kawasan banjir di Brunei - Walaupun baginda sultan memiliki jet peribadi, ada helikopter. Namun semua itu tidak menghalang beliau dari Tuanku memilih untuk naik bot je untuk meninjau kawasan banjir demi mendekati rakyat dengan lebih dekat. Tuanku memang terbaik. Daulat Tuanku.









FAKTA: Tahukah anda indeks jenayah Brunei turun 50%. Brunei turut jumpa 3 lagi telaga minyak yg dijangka bertahan 600 thn. Berkat mahu laksana hudud.

Admin mendapat info CIMB Online akan tergendala selama 3 hari dari Jumaat (31 Januari) hingga hari Isnin 3 Febuari 2014. Jadi kepada Anda yang mempunyai akaun CIMB terutamanya yang hanya ada akaun CIMB, buatlah apa yang patut sebelum tarikh 'keramat' tersebut, agar urusan anda tidak terganggu dek gangguan tergendala di kemudia hari.



Servey laman sesawang (website) CIMB akan tergendala mungkin kerana penangan sempena perayaan Hari Raya Cina nanti. Apapun diharapkan kemaskini server CIMB akan bertambah baik dengan kemudahan yang lebih kehadapan.

Nama Anak Ustaz Don - Tahniah Admin ucapkan ke atas kelahiran anak sulung Ustaz Don. Anak lelaki ustaz diberi nama Don Mustofa. Nama penuh kalau ikut salasilah keluarga Don pula: Nama Anak Ustaz Don - Don Mustofa Bin Don Danial Bin Don Biyajid Bin Mustofa.

Video terbaru anak ustaz Don dalam majlis bercukur anaknya kalau tak silap Admin.



Teringat plak Admin cerita Don, ehe. Gurau ja Ustaz. Alhamdulillah, lahirnya seorang mujahid. :)

Gambaran Terkini Pelukis Tentang Kota Melaka.









Admin: Bangunan macam ni la nampak cantik, ada ruh, hidup, evoking...membangkitkan jiwa. Betul tak?

Hai, macam-macam dan pelik-pelik perangai manusia ni. Kali ini perkongsian berita mengenai kes seorang pelajar sekolah yang dipaksa gantung loceng di leher dan makan rumput oleh Cikgunya.

Gara-gara tidak siap kerja rumah, dua pelajar dipaksa gantung loceng di leher dan makan rumput oleh cikgu. Menurut sumber, kedua pelajar tersebut dipaksa dengan digantung loceng di leher hampir lima jam sebelum memberi rumput untuk dimakan..

Tonton penjelasan mereka melalui video di bawah:



Kesan kasih sayang seorang ibu kepada size otak anak berumur 3 tahun.



Menurut pakar neurologis, perbezaan pada size otak kanak-kanak berkenaan adalah berpunca daripada perbezaan tahap layanan ibu mereka kepada anak itu. Sebelah kiri dilayan dengan kasih sayang mana kala sebelah kanan kurang kasih sayang. Otak kanak-kanak di sebelah kiri jauh lebih besar, kurang memilik tompokan dan kurang kawasan hitam berbanding otak di sebelah kanan.

Kesan kepada masa depan anak-anak:-

1. Kanak-kanak yang memiliki otak sebelah kiri adalah lebih bijak dan berkeupayan untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan masyarakat dan memiliki lebih sifat emphati. Manakala kanak disebelah kanan akan cenderung kepada dadah dan jenayah selain kemungkinan gagal memiliki pekerjaan.

2. Apabila kanak-kanak itu tidak memiliki otak yang berkembang sepenuhnya, seperti mana ibu mereka, akan juga memiliki kecenderungan untuk mengabaikan anak-anak mereka sendiri apabila mereka berkeluarga nanti.

3. Umur yang sangat kritikal adalah semasa bayi berumur di bawah 2 tahun. Jika sudah terlepas tempoh ini ia mungkin tidak dapat dibaiki lagi sampai bila-bila.

Artikel asal:- http://www.dailymail.co.uk/health/article-2224393/Why-mothers-love-really-priceless-Shocking-scans-maternal-care-determine-size-childs-brain.html

Support